Be My Followers!

Jumaat, 18 Mei 2012

My Way







"My Way" was formerly known as "D-Day". Synopsis
Jun-shik, who works for Tatsuo’s grandfather’s farm while Korea is colonized by Japan but he has a dream to participate in Tokyo Olympics as a marathon runner. Tatsuo also aims to become a marathon runner, so the two are in rivalry. But the war breaks out and they both are forced to enlist the army.
Tatsuo became the head of defense in Jun-shik’s unit and he devises a scheme but fails. Jun-shik and Tatsuo are held captive by the Soviets. They run away but soon are captured by Germans and forced to separate. In 1944, they meet again at the shores of Normandy.


My Way | Cast :
Jang Dong Gun as Jun Shik Kim [Source:Kdramachoa]




  
         
Joe Odagiri as Hasegawa Tatsuo [Source:Media Tumblr]

Fan Bing Bing as Shirai [Source:Favourite Hong Kong Actress]



Salam semua! Entry kali ni aku ceritakan sikit pasal filem perang yang aku dah tengok kat Astro First. Actually, aku memang langsung tak minat ngan filem-filem perang nih..For me, so BORED!! Tapi, setelah mak aku beli filem ni kat Astro First, terus je aku 'jatuh cinta' ngan plot cerita filem My Way ni! Mak aku bersungguh-sungguh tengok filem ni berdasarkan sejarah Perang Dunia Ke 2..Biasalah cikgu Sejarah. Tapi aku tengok filem ni berdasarkan 'kehenseman' Kolonel Hasegawa Tatsuo! Hehe

Nak tau tak? Mak aku beli filem ni kat Astro First pada hari Jumaat..Biasalah, tempoh untuk tengok filem kat Astro First 3 hari ja. So aku sempat tengok 'full' filem My Way ni waktu malam hari Jumaat ja..Then, aku dengan jahatnya hasut adik aku untuk cakap kat mak aku yang dia teringin nak tengok lagi filem My Way tuh.. padahal aku yang ketagih sangat filem tu! Maknanya, dah 2 kali aku beli filem ni! HAha..habis gak duit bayar bil Astro bulan ni!

Aku suka sangat-sangat dengan lakonan Jang Dong Gun dan Joe Odagiri (<3!). Kalau dilihat pada watak Jun Shik Kim, aku dapat lihat yang dia ada semangat setiakawan yang tinggi. Walaupun dia bermusuhan dengan Tatsuo, dia tetap tolong Tatsuo waktu dalam kesusahan. Watak Hasegawa Tatsuo pulak..urm..agak sombong dan angkuh.. Tapi aku suka sangat penampilan dia sebelum jadi Kolonel Tentera Diraja Jepun. Lakonan Joe Odagiri memang betul-betul cool! Dia benar-benar menghayati watak seorang tentera Diraja Jepun yang taksub sangat dengan Maharaja Jepun..Start dari situ lah, aku asyik cari info pasal dia kat Google (ahaks!!!)

Lastly, filem memang sesuai kepada sapa-sapa yang nak release tension. Bila aku tengok filem ni untuk pertama kali, FUHH!, hilang tension! Bom sana, bom sini.. kaki kena gilis dengan kereta kebal..PERGH...Satu lagi, ada yang cakap filem ni hasil cedokan dari filem-filem perang Hollywood.Urm..bagi aku, lantak arh... janji dapat tengok filem ni ^____^ Antara kata-kata Jun Shik Kim yang aku masih ingat lagi sebelum dia mati di pangkuan Tatsuo

" Saya ingin berlari lagi jika saya sampai di rumah " 

*tak tau betul ke tak ayat nih*

Anyway, filem Korea, walaupun genre filemnya romantik, komedi, sejarah , perang & others... endingnya tetap membuatkan penonton 'menggugurkan' air mata..Ni special case la untuk penonton wanita..penonton lelaki tak kot..Aku banyak kali dah tengok filem MY WAY ni, endingnya tetap buat aku nak nangis!!!

Antara perkataan yang aku masih ingat lagi dalam My Way :
  • Nomonhan
  • Cherboug
  •  Allied Forces
  • Normandy
  • Kyung Sung
  • POW
  • Soviet Union


It's Nicole from Kpop Girlband, KARA  * patut la nampak macam kenal jerr*


[Source : East Asia]

P/S : I'm da biggest fan of this film! ^3^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan