Be My Followers!

Khamis, 27 Disember 2012

8000 km Mencari Cinta !

Salam ~ :)

Entri kali ni, aku nak kongsikan sikit la pasal filem Istanbul Aku Datang yang memang 'debomb' tu!! Actually, aku memang teringin sangat-sangat nak tengok filem sejak adanya iklan Istanbul Aku Datang kat astro. Alaa, Astro First tuu.. Mula-mula , baca pasal making of Istanbul Aku Datang ja kat surat khabar. Pastu, tengok penampilan Lisa Surihani yang kiut miut dan Beto Kusyairi yang.. owh.. cair dibuatnya! Terus tertarik dengan filem ni. Asal tu, usaha la cari kat Youtube full movie Istanbul Aku Datang nih.. esok pulak tu, Bonda tersayang tanya la kat aku "Nak beli tak filem Istanbul Aku Datang kat Astro First?" Reaksi aku --> "Ermm.. ntah la, ikot Mak la" haih, segan nampaknya Che Iqah ni, dalam hati ni berbunga-bunga & rasa macam nak peluk ja Bonda time tu!So, lepas aku antar mesej kat Astro untuk beli filem tu, bermula lah 'pengembaraan' aku kat Istanbul. Serius, cantik Istanbul ni! 

Ihsan GOOGLE
Sinopsis :

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Azad tidak membenarkan Dian menginap di rumahnya dan menyuruhnya mencari rumah sewa sendiri. Dian terpaksa menyuruh seorang lelaki Turki untuk menyewa sebuah bilik tapi telah ditipu...

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto. Dian terpaksa berkongsi rumah dgn Harris.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

*Synopsis credit to SIMPLE MAMA

Ok ok.. sekarang tiba masa untuk aku buat ulasan sendiri :)

Filem ni, bagi aku.. GREAT! Kalau boleh aku nak bagi 5 Bintang! Aku ni bukanlah pandai sangat kalau masuk bab sinematografi,lakon layar ka.. <-- Kurang faham sangat la maksudnya! Pakai taip ja..! Tapi, dari sudut tayangan filem dia tuh, chantek!  Memang nampak macam FILEM..bukan drama.. Dan.. setiap kali Dian (lisa surihani) dapat mesej atau call daripada Azad(tomok), mesti ada efek khas. Maksud aku, ada la mcm lukisan telefon yg cumel tu (k, faham tak?) susah benor nak terangkan =="

Dengan penampilan Lisa Surihani yang ala-ala Korean Girl sikit, lakonan dia memang menjadi. 

First aku tengok, nampak 'gedik' sikit la coz bukan main peluk lagi dengan Azad. Macam kat bawah ni, scene yang buat aku meluat !
.
.
.


Owh... Manjanya..
 Anyway, ada juga orang kritik yang filem ni ada babak yang menunjukkan yang Dian tinggal serumah dengan Harris. Memang betul anak gadis tak manis tinggal serumah dengan lelaki.. kan?Tak sangka juga la jalan cerita dia macam ni. Ok ok, back to the topic. Penampilan Beto Kusyairi pulak..Fuhh dengan rambut  panjang tutup dahi ala-ala Korean Man jugak..berkesan juga lakonannya! Serius tau, aku memang caya bulat-bulat yang Harris ni GAY!!! Owh, geli! Tapi lepas dia bagitau Dian yang lelaki tu cuma kawan & model dia ja.. aku rasa macam, uih hebat betul la plot cerita filem ni. Sampai aku pon tertipu :P

Kat bawah ni, antara scene-scene dalam Istanbul Aku Datang yang menjadi feveret aku !


Waktu ni Azad taknak temankan Dian pegi daftar kat Institut Bahasa :( Kesian kan.. Then, sempat lagi ingatkan Dian untuk cari rumah sewa.

Dian, terpaksa juga untuk belajar cari rumah sewa sendiri tanpa bantuan Azad ^^ Cantik pemandangan ni
Dan akhirnya, Dian berjaya juga menyewa sebuah rumah sewa yang sebenarnya telah disewa oleh seorang lelaki..Harris!


Rupanya, si Dian ni bloggers rupanya! Sweet arh.. sama la macam aku! Antara kata-kata Dian lepas taip new entri -->XoXo D, Publish!!

Haa.. scene ni pulak bila Harris dapat tau yang dia dah terpaksa duduk dengan seorang perempuan . Time ni, Dian makan Maggi asam laksa yang ada kat dapur Harris. Bila Harris nampak dia tengah syok makan maggi, dia jadi MENGAMOK yang teramat.. Maggi tu pulak habis +.+
[IHSAN GOOGLE] Ya para viewers semua.. Macaam yang Harris kata "Maggi asam laksa cuma boleh dapat di MALAYSIA!!!"
Guess Who?

Aizat Amdan rupanya.. Penyayi lagu Jerrypah tu.. Masa ni Dian berusaha nak ganti balik Maggi asam laksa tu. Dia pon minta tolong dekat kawan Azad iaitu Aizat (aku lupa dah nama dia dalam filem ni)

Aizat pun bawa la Dian pegi dekat bilik ketua pelajar Malaysia (kot). Hah tengok, banyak betul stok maggi kat dalam kabinet tu.. Mak aku gelak sakan.. Dia siap pesan lagi kat aku , nanti dah duduk kat Universiti luar negara, pandai-pandai la berniaga. Niaga maggi macam ni pon boleh untung banyak tau!

Ha, ini scene sedih sikit. Masa ni, Azad a.k.a boyfriend Dian dah tahu yang Dian tinggal satu rumah dengan Harris. Ya, BUKAN MUHRIM! Terkejut la si pakwe ni pon.. Dian pon rasa macam nak balik Malaysia ja..

Scene ni pulak lepas Dian bergaduh dengan girlfriend baru Azad. Rupanya mamat skema (sori Tomok,hehe) ni main kayu tiga.. Tak patot!! Girlfriend Azad geram sangat denga Dian sampai tarok dua aiskrim atas  rambut Dian yang ikal mayang tuh.. Then, Harris pon kesian. Dia tolong la Dian cuci rambut .. Dah macam kat Saloon plak eh? Tapi, sedih gak arh scene ni.. Kena pulak background song --> Shila Amzah - Patah Seribu

Beto ni memang pandai berlakon! Slowmotion tau masa dia tengah cuci rambut Dian.. Lap rambut Dian dah makan masa berapa minit dah. Kononnya nak tunjuk la betapa feelnya cuci rambut gadis yangtelah dianiayai.

Harris pon tinggalkan Dian sorang-sorang dalam bilik air. Biarkan Dian tenangkan hati lepas bergaduh dengan Azad

:) Dian ucap TERIMA KASIH kat Harris coz sudi tolong cuci rambut dia
Kemudian, Harris bawa Dian jalan-jalan around Istanbul sebelum Dian balik Malaysia

Owh, paling best..diorang jalan-jalan kat err.. rasanya pasar kot.. But, that place..so nice! Padan la Dian asyik tangkap gambar je..

Moment yang paling aku suka.. Harris letakkan sweater coz taknak Dian sejuk :P Romantiknya

Dan diorang pon pulang .... Blur sikit la gambar nih.. meh sini aku bagi gambar yang jelas sikit
[IHSAN GOOGLE] That's it! Part ni la mak aku tanya kat ayah aku --> "Bang, bila la kita nak naik motor berdua?(Sambil tengok Dian & Harris naik motor)" hik hik

Scene ni, Harris rasa macam lonely sikit la coz esok tu Dian dah nak balik Malaysia. Dan, nak tahu sapa Dian pilih sebagai suami? Harris atau Azad?
 .
.
.
Jeng Jeng Jeng
.
.
.
.
.
2 Tahun Kemudian.
.
.
.
.
Definitely, she's waiting for her groom

It's Harris.. yay! haha.. Diorang kembali ke Istanbul untuk amik photoshoot perkahwinan diorang! Sweet <3

They laugh & live happily ever after.
 THE END

[IHSAN GOOGLE] XoXo   D, Publish!
p/s: ---homework--- ya ya.. on the way ni!

2 ulasan:

  1. kami cuma suka rambut beto bila rambut dia kusut. [part dimana lisa lompat atas dia sebab takut kucing]

    btw, kami tak tertipu dengan lakonan gay tersebut. haha

    BalasPadam
  2. hak3..ingatkan betul-betul gay! baru nak kutuk :P

    BalasPadam