Be My Followers!

Ahad, 19 Ogos 2012

Etika Di Pagi Raya



Salam semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Aku ni memang jenis tak sabar eh kalau bab-bab blog nih.
Bukan main cepat lagi nak tulis entri. Kalau ya pun rehat la dulu ^^

Actually, from 12 noon untill 7pm .... FUHH! kerja aku memang kat dapur ja! Tak pegi mana dah. Gadis sunti katakan ~ Kononnya nak tolong mak 'ringankan' beban lahh. Sekarang ni rasa macam nak tumbang da.. Internet pulak slow... Takpe2 semangat nak buat entri baru^^

Ok..sambung balik pasal tajuk yang akan aku huraikan! Sebenarnya, aku nak share sikit la pasal etika-etika di pagi raya. Kalau dah seronok-seronok pegi rumah orang tu jangan lupa dengan adab-adab kita tau! Bila dah kena tegur dengan orang, malu weyh! Tambah lagi kalau kena tegur depan orang ramai...macam aku! Adehh...

Ini serba sikit nasihat/tip/apa-apa ja dari aku tentang etika kita:

  • Dah sampai rumah saudara-mara, bersalaman ler ngan diorang
  • Bila tiba kat ruang tamu, pastikan korang duduk kat atas lantai bukan atas sofa. Kenapa? Untuk tunjuk yang kita hormat dengan orang-orang tua dan seangkatan dengannya. Mengikut pengalaman aku, pernah kena tegur dengan nenek sendiri sebab duduk atas sofa. Waktu tu ada sorang lagi nenek duduk kat atas lantai. Malu tersangat malu coz ditegur di depan sedara mara sendiri. *Blush*So, kita kena la tunjuk hormat sikit kat diorang !
  • Kalau dah tiba masa untuk balik, jangan lupa juga untuk bersalaman sekali lagi dengan sedara mara kita. Pernah jug aku ni ditegur coz tak salam ngan diorang. Aisehh..Perasaan malu tuu..tak perlu la nak habaq, malu tak terhingga. Nasib baik yang nampak aku ditegur tu majoriti perempuan. Kalau tak..hmm..
Mula-mula kena tegur tu, memang naik angin jugak la. Tapi bila difikirkan balik..betul jugak.Bagus la pulak bila dah kena tegur. Kesalahan yang kita buat dapat menjadikan diri kita lebih berdisiplin dan menjaga adab-adab dengan sedara mara. 

Hah, ok lah..banyak sangat aku merapu nih..Nanti jadi ajaran sesat plak..Ok..thats all! Bye

p/s: Iklan yg sedih sangat-sangat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan