Be My Followers!

Memaparkan catatan dengan label PMR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PMR. Papar semua catatan

Ahad, 25 Disember 2011

Alhamdulillah~

Salam semua! Maaf ya, dah lama sgt tak tulis entri. Bukan apa, happy sangat sampai tal da mood nak tulis entri..hehe Well, untuk result PMR 2011 yang baru sahaja diumumkan Khamis ari tu (22/12) , Alhamdulillah, aku dapat result yang memuaskan. Walaupun tak dapat 9A, tapi aku tetap gembira. Rasa terhutang budi pun ada jugak untuk orang-orang sekeliling aku yang sudi membantu aku di kala aku susah ..Cewah! Ayat jiwang bukan main! Btw, terima kasih sgt2 buat Ikin yang banyak membantu dlm subjek Mathematics, Yani dalam subjek bahasa Arab dan tak lupa jugak untuk kawan-kawan yang lain yang banyak juga membantu aku ^_____________________________________________^ Woah..happy abis kali ni! tak lupa jugak guru-guru SMKAP..wuih..dah macam teks ucapan Wakil Pelajar Pulak..heh..WELL, thanks jugak untuk Maktok, Mak & Abah, Angah and others coz sudi tolong aku dlm persiapan nak hadapi PMR! Thanks yow! T_____________T TERIMA KASIH SEMUA!

*T__________T

Semangat betul nak masuk tingkatan 4!

Isnin, 19 Disember 2011

Can You Feel My Heartbeat?


 Salam semua!! Alhamdulillah..Beberapa minit sebelum entri ni ditaip, Kementerian dah umumkan tarikh tetap result PMR adalah pada 22 Disember 2011 (Khamis). Fuhh, berdebar-debar rasanya! Sebenarnya, aku tak ada pun perasaan takut..pelik betul la..Orang lain bukan main takut n gementar lagi, siap post banyak komen kat Facebook. FB pun dah jadi tema PMR dah :P Anyway, aku berharap sangat dapat keputusan yg dapat memuaskan hati aku. Tak dapat 9A pun tak pa..Janji aku dah pon menduduki peperiksaan PMR. So, untuk tahun depan, bermula lah hidup baru sebagai pelajar Tingkatan 4!

Insya-Allah..9A!!
*Ihsan Gambar:www.faizsufi.com

Aiseh, lupa pulak nak cita pasal tajuk entri aku ni. Hehe..Heartbeat lagi tu..Macam tajuk lagu 2PM plak! Saja ja letak tajuk camtu.. :) Gempak sikit!




P/S: Aku sempat tengok kat Tv3, result tu keluar dalam pukul 10 pagi dan result PMR jugak boleh di check melalui SMS > MY SMS 15888 (10pg-12 mlm). Kalau salah info..mohon maaf ya ^^