Be My Followers!

Jumaat, 18 November 2011

Renungan Bersama

Salam..^^ entry kali ni a bit Islamik sikit..hee..artikel ni rasa macam tak sesuai ja ngan blog ni..yer laa..blog nih kadang2 Kpop..kadang2 pasal diri sendiri..memang bercampur!!

Artikel yang aku nak share ni plak kebetulan di tulis daripada Juara Imam Muda Musim 1>> Ustaz Muhammad Asyraf Ridzuan. Artikel ni jugak datangnya dari majalah Gen-Q!!..Waktu mula2 aku baca artikel nih..urmm..memang tak dinafikan la..'Hot' & terasa gak bila artis Korea dikomen. Tapi, bila aku baca dgn mendalam lgi...memang benar apa yang dikatakan oleh Juara Imam Muda nih..Honestly, ini hanya komen dan nasihat sahaja ,,xder nak hina-hina pun. Jangan pulak ada yang naik angin :( So, harap semua bloggers & kpop fans dpt enjoy artikel nih^^Renung-renugkan & selamat beramal~

KE MANA ARAH KITA?
FENOMENA HERO DAN HEROIN KOREA MENGHANTUI REMAJA MALAYSIA KETIKA INI. DERASNYA ARUS GELOMBANG K-POP SEHINGGA NEGARA KITA TERPANGGIL UNTUK MENGUNDANG ARTIS DARI NEGARA KOREA MENGADAKAN KONSERT MEREKA. KEGILAAN REMAJA PADA KECANTIKAN HEROIN KOREA BERSAMA KASUT BUT YANG DIPAKAI MEREKA MEMBUATKAN TERPEKIKNYA SESIAPA YANG MELIHAT. KETAMPANAN HERO YANG TINGGI LAMPAI BERWAJAH COMEL BERJAYA MENGGUGAT HATI-HATI WANITA TEMPATAN. 



Ditambah pula jalan cerita drama Korea yang mempunyai taring sendiri. Entah berapa ramai menggugurkan air mata ketika menyaksikan terpisahnya hero dan heroin. Diselit pula dengan lawak spontan serta kombinasi watak manja dan kasar oleh heroin. Disambut baik pula oleh hero yang penuh dengan gaya maskulin idaman semua wanita.
Nama-nama seperti Goo Jun Pyo, Jeo Jin Heo, Lee Min Ho dan ramai lagi menjadi bualan anak muda kita. Malah dalam sedar atau tidak ia juga meragut jiwa-jiwa yang selama ini berpegang teguh dengan kehidupan Islamik mereka. Walaupun bertudung litup  sekalipun tidak terlepas daripada tergugat dengan penangan aura dunia "Kolywood".

Kegilaan ini jika dilihat secara majoritinya lebih diminati golongan wanita. Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer, namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita. Malah ada sebahagian wanita yang memuja mereka dengan memenuhkan semua gambar artis Korea di muka depan Facebook dan twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik rumah.

Ada segelintir wanita apabila ditanya mengapa mereka sukakan drama Korea. lalu dijawab, " Kami teruja dengan ketampanan hero mereka! " Bila ditanya pula, bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki yang tampan? Jawapan yang diterima ialah, " Kami wanita tiada masalah bila melihat lelaki, berbanding lelaki yang wajib menundukkan pandangan kerana mereka lebih terdedah kepada godaan apabila melihat wanita! "
Benarkah kenyataan demikian? Adakah benar ia bertepatan dengan agama. Mari kita koreksi semula dari sumber agama. Memang benar ayat suruhan untuk menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur ayat ke 30. Namun jangan kita terlupa akan sambungan ayat berikutnya yang mana Allah menyuruh agar wanita juga perlu menundukkan pandangan mereka.

Ini jelas terbukti bahawa tidak dibezakan antara lelaki dan wanita. Dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka."

Ayat yang telah diberitakan kepada kita ini telah menyangkal dakwaan kononya 'wanita tidak mengapa, tetapi lelaki tidak boleh'. Sudah semestinya dakwaan bahawa 'wanita tidak akan tergoda sama sekali jika melihat lelaki' juga sama sekali tertolak. Secara tidak langsung Al-Quran menjawab kepada kita tanpa membezakan gender dengan satu keputusan bahawa 'lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka'.

Keinginan lelaki lebih pantas impulsnya. Namun, untuk menafikan wanita tidak tergugat dengan sekali pandang belum tentu jaminannya. Artikel ini bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar 'wallpaper' dan profil di Facebook dan Twitter dengan gambar pokok atau batu semata-mata. Bukan juga mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis Korea pujaan kita. Tetapi ia sekadar renungan bahawa mata itu satu energi pembawa gelora. Tanpa membezakan sebarang jantina.

Ayuh bersama meminati ibu dan bapa kita. Merekalah hero dan heroin sepanjang zaman. Kisah drama kehidupan mereka memelihara kita lebih hebat dalam menggugurkan air mata. Tanpa perlu berhadapan dengan komputer, wajah 'box office' mereka sahaja sudah mampu membasahi pipi kita. :)

Teks : Ustaz Muhammad Asyraf Ridzuan
Diambil dari majalah Gen-Q

P/S: Ada beberapa ayat dari artikel ni yang aku 'cut' sikit...Sorry..artikel ni panjang sgt :( Maaf sgt2 kalau gambar yg aku letak kat atas nih tak sesuai ngan artikel ni..

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan