Be My Followers!

Isnin, 21 November 2011

Jaja & Din ~ Sweet Couple~

Salam Semuanya!!! Entri kali ni berkisarkan tentang Jaja & Din. Hmm.. simple je kan bunyinya? Hehe..sebenarnya aku akan ceritakan sikit pasal latar belakang Jaja & Din.

Honestly aku katakan..diorang ni memang sweeeeeeeeeeeeeet couple!! Oops..lupa plak nak perkenalkan diorang ni sapa..hehe..maaf ya. Jaja & Din sebenarnya sebuah novel Islamik.Kalau cintan-cintan tuh ada la jugak sikit. Masa mula-mula 'jatuh hati' dengan novel ni, aku hampir-hampir nak beli novel Twilight. Nasib baik aku nampak novel yang kedudukannya terletak bawaaaaaaaaah sekali kat rak tu hah. Asalnya tuh..dok beragak-agak lah (betul ke BM aku nih??) nak beli ke x..Dan akhirnya aku beli gak!!! Bila balik ja rumah dan baca..perghh..memang best la! Sampai aku baca pun tersenyum-senyum oleh sebab jalan ceritanya yang menarik! Aku dah recommend novel ni kat member-member aku..Nak tahu tak? Diorang pun ketagih ngan novel nih...haha ..itulah yang dikatakan 'penangan' Jaja & Din ^^


SINOPSIS
Penulis : Noor Suraya Penerbit : Jemari Seni Publishing Harga : RM 20.00
Klik--> Blurb <--
Jaja & Din mengisahkan tentang Jaja seorang anak doktor dan juga seorang media planner jatuh cinta pada ‘dia’ yang hanya dikenali melalui sekeping gambar. Hanya disebabkan sekeping gambar yang bisu itu, Jaja mengenepikan segala peraturan hati yang dia cipta dan pegang selama ini.

Jaja yang boleh dikelaskan sebagai perempuan moden jatuh cinta pada ‘dia’ yang berkopiah putih yang pastinya agak Islamik dan tidak semoden Jaja. Din…hanya itu yang Jaja tahu tentang ‘dia’. Selainnya Jaja tidak tahu tapi Jaja tahu dan yakin yang dia telah jatuh cinta pandang pertama (bukan bertatapan tapi pada gambar aje) pada Din.

Din, seorang guru sastera Bahasa Arab tidak pernah tahu bahawa Jaja yang moden itu jatuh cinta padanya kerana Jaja tidak ada ciri-ciri wanita impiannya. Din mahukan seorang wanita yang mulia, yang cekal, yang reda, yang tahu makna zuhud dan yang tidak akan mengalirkan air mata tatkala menghantar dia berjuang fi sabillillah. Sememangnya Jaja tak ada semua itu.

Demi cinta, Jaja sanggup berbuat apa saja untuk memastikan Din menjadi miliknya lalu Jaja dengan berani meminang Din untuk dirinya. Din macam mana?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan