Ihsan GOOGLE |
Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Azad tidak membenarkan Dian menginap di rumahnya dan menyuruhnya mencari rumah sewa sendiri. Dian terpaksa menyuruh seorang lelaki Turki untuk menyewa sebuah bilik tapi telah ditipu...
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto. Dian terpaksa berkongsi rumah dgn Harris.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.
*Synopsis credit to SIMPLE MAMA*
Ok ok.. sekarang tiba masa untuk aku buat ulasan sendiri :)
Filem ni, bagi aku.. GREAT! Kalau boleh aku nak bagi 5 Bintang! Aku ni bukanlah pandai sangat kalau masuk bab sinematografi,lakon layar ka.. <-- Kurang faham sangat la maksudnya! Pakai taip ja..! Tapi, dari sudut tayangan filem dia tuh, chantek! Memang nampak macam FILEM..bukan drama.. Dan.. setiap kali Dian (lisa surihani) dapat mesej atau call daripada Azad(tomok), mesti ada efek khas. Maksud aku, ada la mcm lukisan telefon yg cumel tu (k, faham tak?) susah benor nak terangkan =="
First aku tengok, nampak 'gedik' sikit la coz bukan main peluk lagi dengan Azad. Macam kat bawah ni, scene yang buat aku meluat !
.
.
.
Owh... Manjanya.. |
Kat bawah ni, antara scene-scene dalam Istanbul Aku Datang yang menjadi feveret aku !
Waktu ni Azad taknak temankan Dian pegi daftar kat Institut Bahasa :( Kesian kan.. Then, sempat lagi ingatkan Dian untuk cari rumah sewa. |
Dian, terpaksa juga untuk belajar cari rumah sewa sendiri tanpa bantuan Azad ^^ Cantik pemandangan ni |
Dan akhirnya, Dian berjaya juga menyewa sebuah rumah sewa yang sebenarnya telah disewa oleh seorang lelaki..Harris! |
Rupanya, si Dian ni bloggers rupanya! Sweet arh.. sama la macam aku! Antara kata-kata Dian lepas taip new entri -->XoXo D, Publish!! |
[IHSAN GOOGLE] Ya para viewers semua.. Macaam yang Harris kata "Maggi asam laksa cuma boleh dapat di MALAYSIA!!!" |
Guess Who? |
Aizat Amdan rupanya.. Penyayi lagu Jerrypah tu.. Masa ni Dian berusaha nak ganti balik Maggi asam laksa tu. Dia pon minta tolong dekat kawan Azad iaitu Aizat (aku lupa dah nama dia dalam filem ni) |
Harris pon tinggalkan Dian sorang-sorang dalam bilik air. Biarkan Dian tenangkan hati lepas bergaduh dengan Azad |
:) Dian ucap TERIMA KASIH kat Harris coz sudi tolong cuci rambut dia |
Kemudian, Harris bawa Dian jalan-jalan around Istanbul sebelum Dian balik Malaysia |
Owh, paling best..diorang jalan-jalan kat err.. rasanya pasar kot.. But, that place..so nice! Padan la Dian asyik tangkap gambar je.. |
Moment yang paling aku suka.. Harris letakkan sweater coz taknak Dian sejuk :P Romantiknya |
Dan diorang pon pulang .... Blur sikit la gambar nih.. meh sini aku bagi gambar yang jelas sikit |
[IHSAN GOOGLE] That's it! Part ni la mak aku tanya kat ayah aku --> "Bang, bila la kita nak naik motor berdua?(Sambil tengok Dian & Harris naik motor)" hik hik |
Scene ni, Harris rasa macam lonely sikit la coz esok tu Dian dah nak balik Malaysia. Dan, nak tahu sapa Dian pilih sebagai suami? Harris atau Azad? |
.
.
.
Jeng Jeng Jeng
.
.
.
.
.
2 Tahun Kemudian.
.
.
.
.
Definitely, she's waiting for her groom |
It's Harris.. yay! haha.. Diorang kembali ke Istanbul untuk amik photoshoot perkahwinan diorang! Sweet <3 |
They laugh & live happily ever after. |
THE END
[IHSAN GOOGLE] XoXo D, Publish! |
p/s: ---homework--- ya ya.. on the way ni!
kami cuma suka rambut beto bila rambut dia kusut. [part dimana lisa lompat atas dia sebab takut kucing]
BalasPadambtw, kami tak tertipu dengan lakonan gay tersebut. haha
hak3..ingatkan betul-betul gay! baru nak kutuk :P
BalasPadam